Tinggalkan spa, buka kedai makan - Utusan Malaysia

Tinggalkan spa, buka kedai makan

Adura Saad, 49 mula beralih dengan mencuba nasib untuk berniaga makanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Demi meneruskan kelangsungan hidup, Adura Saad, 49, terpaksa melepaskan perniagaan spa kecantikan dengan memulakan perniagaan makanan dirumah. 

Ibu tunggal yang mempunyai anak orang kelainan upaya (OKU) itu berkata, dia mula mengusahakan Kedai Makan Mama Dura dengan harga bajet.

“Saya menawarkan menu seperti nasi bujang bersama sambal garing, telur mata dan sup sayur bermula berharga RM2.50.

“Saya turut sediakan pelbagai sup seperti sup daging rusa, ayam kampung, puyuh, arnab, daging, ikan, ketam dan sayur serendah RM3 hingga RM12 setiap bungkus,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia itu, dia turut mengetengahkan menu pulut yang enak dinikmati bersama ikan masin, rendang ayam dan daging.

“Selain itu, saya juga menghasilkan menu pulut mangga yang turut menjadi kegemaran ramai. 

“Untuk tempahan, hubungi 011 5981 3717 atau kunjungi Facebook, Adura Saad,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya