Tindakan penebukan benteng, pengepaman air di Taman Sri Muda dilaksanakan - Utusan Malaysia

Tindakan penebukan benteng, pengepaman air di Taman Sri Muda dilaksanakan

JALAN Bukit Kemuning menghala ke Taman Sri Muda digenangi air dan menjadi lokasi menyelamatkan mangsa banjir yang terkandas di sekitar perumahan itu di Seksyen 25 di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Tindakan penebukan benteng dan pengepaman air banjir akan dilaksanakan segera bagi mengatasi masalah ‘air termenung’ di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, perkara itu akan dikendalikan oleh Jabatan Pengairan Saliran (JPS).

Beliau berkata, lokasi bagi penebukan benteng itu belum lagi dimuktamadkan dan ia akan diputuskan Kementerian Alam Sekitar dan Air.

“Sebanyak 21 pam akan digunakan bagi mengalirkan air genang itu ke Sungai Klang,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Bencana Negara Markas SMART Pulau Meranti, di sini hari ini.

Katanya, kaedah penebukan dan pengepaman air penting kerana jika dibiarkan ia boleh berlarutan sehingga dua minggu.

Dalam pada itu, Abd. Latiff berkata, beliau mengesahkan kira-kira 2,000 penduduk di Taman Sri Muda enggan berpilih ke lokasi lebih selamat.

“Penduduk memaklumkan mereka enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana bimbang dijangkiti Covid-19. Bagaimanapun, kami akan terus membantu mereka dengan cara menghulur bantuan makanan dan keperluan-keperluan yang asas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya