Tindakan gadis lap visor guna kain batik ibu curi tumpuan netizen - Utusan Malaysia

Tindakan gadis lap visor guna kain batik ibu curi tumpuan netizen

TANGKAP layar video dimuat naik ‘Faqih Faiqal’ yang menarik perhatian netizen memaparkan seorang gadis mengelap visor topi keledar menggunakan kain batik ibunya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang gadis menarik perhatian warganet apabila dia mengelap visor topi keledar menggunakan kain batik ibunya. 

Video dimuat naik oleh seorang lelaki dikenali sebagai Faqih Faiqal di Facebook page Malaysia Automotive Shitposting, memaparkan seorang gadis yang berjalan ke arah ibunya dan mengelapvisor topi keledar itu dengan menggunakan kain batik yang dipakai ibunya.

“Terima kasih mak selalu bahagiakan saya, faham minat saya, faham isi hati saya.

“Saya ingat tangan mana yang sambut masa saya senang dan tangan mana yang buang masa saya susah mak,” katanya dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik tindakan gadis tersebut dan mengatakan ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai video bagi paparan umum.

Bagaimanapun, kata mereka, orang sekarang sanggup buat apa sahaja demi isi kandungan video atau content.

“Saya setiap kali sebelum pergi kerja akan cium pipi emak saya kiri dan kanan. Tidak ada sibuk untuk membuat content,” kongsi seorang warganet. 

“Untung emak ada yang boleh halang dia lagi selangkah, mahu masuk syurga esok,” kata seorang individu. 

“Nampak kain emak dia itu macam kain lap ke?,” soal seorang warganet. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya