Timbalan KPN pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindak Balas Operasi Bencana - Utusan Malaysia

Timbalan KPN pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindak Balas Operasi Bencana

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu mesyuarat Jawatankuasa Tindak Balas Operasi Bencana telah diadakan  Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini bagi menyelaraskan tindak balas dan gerak kerja setiap agensi untuk menghadapi bencana banjir.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, mesyuarat yang dipengerusikan olehnya tersebut membincangkan koordinasi dan penyelarasan setiap agensi terlibat dalam pengurusan bencana banjir supaya lebih efektif di setiap peringkat.

Menurutnya, perbincangan turut menyentuh aspek pengalaman pengendalian banjir dan pengoperasian tindak balas bencana bagi memastikan mekanisme terbaik dapat diaplikasikan semua agensi di masa hadapan.

“Perkara-perkara yang dibincangkan akan dipanjangkan serta dikoordinasikan di peringkat negeri dan daerah agar penyelarasan semua agensi terlibat menjadi lebih efektif dan proaktif dalam pengurusan bencana banjir.

“Semua Pesuruhjaya Polis Negeri, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah telah diarah mengadakan mesyuarat yang sama di peringkat masing-masing,”katanya.

Razarudin berkata, agensi terlibat dalam mesyuarat tersebut  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),Sukarelawan Malaysia (Rela), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),”katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, rentetan dari mesyuarat tersebut beliau turut mengadakan satu sesi lawatan kerja ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Hulu Langat pada Jumaat.

Katanya, dalam lawatan tersebut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memberi taklimat mengenai penugasan pemulihan dan kerja-kerja pasca banjir di kawasan berkenaan.

“Taklimat ringkas mengenai pengoperasian pasca banjir turut disampaikan oleh Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner Muhammad Abd Halim.

“Saya juga berkesempatan melihat sendiri kerja-kerja pembersihan yang dijalankan di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor,”ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya