PUTRAJAYA: Tiga lagi kluster baharu dikenal pasti menjadi antara penyumbang kepada jangkitan harian Covid-19 hari ini, dengan kluster aktif merekodkan sebanyak 221 kluster.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 3,997 kes baharu Covid-19 dilaporkan dengan 366 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,754,513 kes.
“Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 64 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 3,933 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua. Terdapat 3,984 kes sembuh dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 mencatatkan 2,681,390 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ujarnya lagi, sebanyak 281 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 155 kes memerlukan bantuan pernafasan. – UTUSAN ONLINE