Tiga jajahan di Kelantan semakin tenggelam - Utusan Malaysia

Tiga jajahan di Kelantan semakin tenggelam

LOKASI yang dinaiki air di Jalan Dabong-Jeli dekat Jeli, Kelantan. - JKR JELI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Banjir gelombang kedua melanda tiga jajahan di negeri ini iaitu Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah dijangka bertambah buruk susulan hujan lebat menyaksikan paras air sungai utama semakin naik.

Setakat pukul 10 pagi ini, aplikasi InfoBencanaJKM melaporkan 18 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka sejak semalam bagi menempatkan 1,513 mangsa banjir daripada 445 keluarga.

Jeli menjadi jajahan paling teruk terjejas apabila seramai 1,275 mangsa banjir telah ditempatkan di sembilan PPS, diikuti Kuala Krai (228 mangsa) dan Tanah Merah (10 mangsa).

Sementara itu, kerajaan negeri menerusi portal ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan dua sungai utama sudah melepasi paras bahaya iaitu Galas di Dabong Kuala Krai (39.4 meter) dan Golok di Jenob Tanah Merah (23.76 meter).

Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Jambatan Guillemard (Tanah Merah) pula sedang meningkat dan sudah melepasi paras amaran.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang bermula semalam dan sepanjang hari ini.

Pada 1 dan 2 Januari pula, MetMalaysia melaporkan hujan lebat diramal melanda Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya