Tiga individu dipanggil bantu siasatan kes bayi empat bulan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Tiga individu dipanggil bantu siasatan kes bayi empat bulan meninggal dunia

AHLI keluarga memegang jenazah bayi perempuan berusia empat bulan, Luna Aralyn Amar Ridhwan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Lui Muda di Jempol, semalam. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga individu dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang ditemukan lemah di rumah pengasuh sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini petang kelmarin.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, mereka yang dipanggil memberi keterangan ialah ibu bapa bayi berkenaan dan pengasuhnya.

“Buat masa ini hasil laporan bedah siasat berhubung punca kematian bayi itu masih belum diperoleh, ambil masa kerana melibatkan kes kanak-kanak,” katanya dalam sidang akhbar sempena Pelancaran dan Simulasi Go To Safety Point Petron dan Polis Diraja Malaysia di Bandar Ainssale di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, bayi perempuan berusia empat bulan, Luna Aralyn Amar Ridhwan yang baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh di Taman Tuanku Jaafar,  Senawang di sini ditemukan lemah dan disahkan meninggal dunia di HTJ petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang itu, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh yang memintanya datang segera ke kediamannya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah dan wajahnya pucat.

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah anaknya itu telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.

Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ di sini untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya