Tidak ada abang besar dalam PN - Utusan Malaysia

Tidak ada abang besar dalam PN

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Perikatan Nasional (PN) adalah sebuah gabungan politik yang membudayakan norma politik baharu yang lebih demokratik.

Beliau berkata, ini kerana PN dibentuk atas semangat perkongsian yang saksama di mana semua parti mendapat layanan yang adil dan saksama dan semua keputusan dibuat secara kolektif dalam semangat musyawarah dan setiakawan yang tinggi.

“Tidak ada abang besar dalam PN. Tidak ada sebuah parti yang mendominasi parti lain dalam PN.

“PN dibentuk atas semangat perkongsian yang saksama di mana semua parti mendapat layanan yang adil dan saksama dan semua keputusan dibuat secara kolektif dalam semangat musyawarah dan setiakawan yang tinggi,” katanya dalam ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai; Timbalan Presiden SAPP, Edward Dagul serta Setiausaha Agung Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Edward Linggu.

Menurut Muhyiddin, pihaknya percaya rakyat sedang menilai pencapaian PN sebelum ini terutamanya semasa menjalankan pentadbiran negara.

Katanya, walaupun PN sebuah gabungan politik yang baharu, tetapi berjaya membuktikan bahawa gabungan itu prihatin kepada rakyat apabila menjadi kerajaan.

“Kita bantu semua golongan yang memerlukan tanpa mengira kaum dan agama. Kita mentadbir dengan penuh integriti. Kita tidak sekali-kali seleweng wang rakyat. Kita tidak merompak harta negara.

“Dalam menjalankan pentadbiran negara, kita tidak melakukan sesuatu perkara dengan sesuka hati, sebaliknya, kita ikut peraturan dan undang-undang dan kita hormat penjawat awam sebagai pelaksana dasar dan peraturan kerajaan.

“Saya yakin, rakyat yang tahu menilai akan melihat kebaikan PN dan akan memberikan sokongan padu kepada PN dalam pilihanraya umum akan datang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya