Tiada PRK Kempas  - Utusan Malaysia

Tiada PRK Kempas 

ALLAHYARHAM OSMAN SAPIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, di sini tidak perlu diadakan selepas kematian penyandangnya, Datuk Osman Sapian.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, hal itu kerana kekosongan DUN berkenaan berlaku selepas tiga tahun pilihan raya umum (PRU) lalu iaitu pada 2018.

“Kekosongan telah berlaku di DUN Kempas. Oleh kerana telah lebih tiga tahun daripada PRU lepas dan tiada isu majoriti DUN Johor dengan kelebihan satu kerusi di pihak kerajaan maka mengikut fasal 23(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, tiada PRK di Kempas.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Osman Sapian. Moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yg soleh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Suhaizan yang sedang mengerjakan ibadah umrah ketika ini turut berduka cita dengan pemergian Osman. 

Bekas Menteri Besar Johor ke-16 itu menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.45 malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya