Tiada lesen: Bot pukat tunda, tujuh nelayan warga asing ditahan - Utusan Malaysia

Tiada lesen: Bot pukat tunda, tujuh nelayan warga asing ditahan

TUJUH nelayan warga Indonesia yang ditahan di perairan Kota Kinabalu semalam.-IHSAN Maritim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sebuah bot pukat tunda bersama tujuh kru nelayan warga Indonesia ditahan kerana menangkap ikan tanpa lesen dan permit yang sah di perairan daerah ini, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, bot pukat tunda itu ditahan oleh kapal peronda Maritim di kedudukan sekitar 11 batu nautika Tenggara Pulau Mantanani, Kota Belud.

Pemeriksaan terhadap kapal tersebut mendapati kesemua tujuh kru nelayan warga Indonesia yang berusia 21 hingga 44 tahun itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

 

Pemeriksaan dokumentasi turut mendapati lesen bot dan permit perikanan yang digunakan juga telah tamat tempoh.

“Malah, kru kapal juga gagal mempamerkan sijil kebenaran menggunakan peralatan radio dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, bot serta kru ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Sepanggar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya