Tiada lagi PKPD dengan terakhir di Puspen Sungai Ruan - Utusan Malaysia

Tiada lagi PKPD dengan terakhir di Puspen Sungai Ruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas tempoh 13 hari berlalu, satu lokaliti di Pahang bakal ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini seperti yang dijadualkan.

Ia sekali gus bererti ketika ini tiada mana-mana lagi lokaliti yang diwartakan PKPD dan secara kelazimannya berlangsung dalam tempoh 14 hari bagi mengekang penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lokaliti tunggal itu hanya melibatkan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Ruan yang dipercayai menempatkan sejumlah lebih 200 penghuni untuk menjalani sesi rawatan dadah.

Ia diuruskan Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri berdasarkan kaedah terapi Islam hasil idea bekas menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sejak 2017.

Setakat ini, belum dipastikan penularan di Puspen itu ekoran Kluster Sungai Ruan, namun Jabatan Kesihatan Pahang merekodkan kumulatif 94 kes sekitar kawasan tersebut kelmarin.

Rodzi bagaimanapun memaklumkan bahawa tiada lokaliti baharu bakal dikenakan PKPD atau sebarang lokaliti sedia ada yang akan disambung sekatan secara bersasar itu.

Langkah itu menyaksikan sudah genap 14 hari belum ada kawasan dilaksanakan PKPD di negara ini dengan kali terakhir diumumkan pada 26 November lalu iaitu Puspen Sungai Ruan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya