Tiada bantuan bencana untuk penternak haiwan mewah - Utusan Malaysia

Tiada bantuan bencana untuk penternak haiwan mewah

AZMAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bantuan Tabung Bencana Pertanian negeri tidak diberikan kepada mana-mana individu yang mengusahakan ternakan secara hobi mewah.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, golongan itu tidak layak memohon bantuan berkenaan kerana disifatkan berkemampuan dari segi kewangan.

Malah, katanya, aktiviti yang diusahakan golongan itu juga tidak dikategorikan dalam industri ternakan yang menjana sumber bekalan makanan kepada negeri.

“Ambil maklum aktiviti pemeliharaan haiwan seperti arnab import berharga lebih RM3,000 seekor di samping ayam serama atau ikan hiasan yang bernilai ribuan ringgit seekor tidak dikategorikan dalam senarai penerima bantuan Tabung Bencana Pertanian. 

 “Saya mencadangkan haiwan mahal seumpama itu perlu dilindungi oleh insuran kerana kerajaan negeri tidak menyediakan peruntukan untuk bayaran ganti rugi misalnya kematian 20 ekor arnab yang nilainya melebihi RM60,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Azman berkata, sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi Tabung Bencana Negeri setiap tahun untuk tiga sektor utama iaitu pertanian, penternakan dan perikanan.

Terdahulu, katanya, sebanyak RM588,000 disalurkan kepada 679 petani, penternak dan nelayan di negeri ini yang terkesan akibat banjir dan ribut dalam tempoh dua tahun sejak 2020.

Menurutnya, penerima paling ialah di sektor pertanian dengan seramai 496 orang membabitkan sumbangan berjumlah RM301,000 di samping penternakan RM153,000 (89 penerima) dan perikanan pula sebanyak RM134,000 (83 penerima). – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya