Thailand, Singapura tunggu di separuh akhir - Utusan Malaysia

Thailand, Singapura tunggu di separuh akhir

PEMAIN Thailand meraikan jaringan pertama ketika melakar kemenangan 2-0 ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pasukan pilihan Thailand diringi Singapura mara ke pentas separuh akhir Piala AFF 2020 selepas masing-masing menamatkan saingan peringkat kumpulan A sebagai juara dan naib juara.

Skuad Gajah Perang mengungguli carta Kumpulan A selepas menewaskan tuan rumah, Singapura 2-0 menerusi jaringan Elias Dolah dan Supachai Jaided pada aksi terakhir di Stadium Nasional kelmarin.

Keputusan pengendali Thailand Alexandre Polking merehatkan beberapa pemain utama, sama sekali tidak menjejaskan rentak pasukan untuk melakar rekod bersih apabila memenangi kesemua empat perlawanan dengan mengumpul 12 mata.

Polking mengakui keputusan untuk membariskan beberapa pemain simpanan dalam kesebelasan utama tidak menjadi masalah kerana mereka tetap mendengar arahan taktikal yang diterapkan dalam usaha mengekang asakan tuan rumah.

“Saya sangat berpuas hati apabila pasukan dapat merekodkan empat kemenangan berturut-turut tetapi ia tidak memberikan sebarang makna ketika ini kerana kita baru menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

“Bagaimanapun, saya mahu memuji impak beberapa pemain kami yang tidak digunakan sebelum ini dan mereka berhak untuk diturunkan selepas bekerja keras sepanjang sesi latihan dan tidak terkejut mereka membalas kepercayaan sebaik mungkin,” kata pengendali dari Brazil itu selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad Singapura, Tatsuma Yoshida menjelaskan bahaawa jurang kualiti antara pasukannya dengan Thailand masih agak ketara biarpun menunjukkan peningkatan daripada segi permainan.

“Kekalahan ini sudah dijangka tetapi saya lihat jurang antara pasukan kami dengan Thailand semakin hampir. Apa yang pasti, saya mahu pasukan lupakan kekalahan dan fokus untuk aksi separuh akhir pertama Piala AFF selepas sembilan tahun gagal melepasi peringkat kumpulan,” katanya.

Aksi separuh akhir pertama dijadualkan berlangsung pada 22 dan 23 Disember ini dan lawan Thailand dan Singapura diantara Malaysia, Indonesia dan Vietnam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya