Terperangkap lebih enam jam banjir di ladang - Utusan Malaysia

Terperangkap lebih enam jam banjir di ladang

ADAM Haqimi Aqil Alias (tengah) dibawa keluar pasukan penyelamat selepas terperangkap lebih enam jam di ladang Risda Cherul, Kemaman, Kemaman, hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pemuda terperangkap lebih enam jam selepas kawasan ladang tempatnya bekerja di Cherul, di sini dinaiki air banjir sejak pukul 10 pagi.

Mangsa, Adam Haqimi Aqil Alias, 21, yang berkhidmat di ladang Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Cherul bagaimanapun diselamatkan kira-kira pukul 4.40 petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, seramai 14 anggota termasuk polis dan orang awam ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada mangsa.

“Difahamkan, ketika mangsa ke ladang pada awal pagi, laluan di situ masih boleh dilalui, namun kira-kira pukul 10 pagi, dia menyedari air mulai naik hingga tiada jalan keluar.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa mengambil masa lebih dua jam berikutan kedudukan ladang yang terletak kira-kira 40 kilometer, malah kita berdepan kesukaran kerana kebanyakan tempat sudah ditenggelami air,” katanya hari ini.

Mohamad Hanif berkata, mangsa yang ditemukan selamat kemudian dibawa keluar dengan menggunakan bot. UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya