Mangsa banjir terpaksa minta simpati makanan di surau

Terpaksa minta simpati makanan di surau

KHOTIJAH Hadrawi sedih melihat rumah sewanya dinaiki air di Kampung Sri Tanjung, Dengkil, Selangor. - FOTO/SITI A’ISYAH SUKAIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: “Sudah tiga hari saya pakai baju yang sama malah terpaksa ‘tebal muka’ minta makanan di surau,” kata warga Indonesia, Khotijah Hadrawi, 45, seorang daripada penduduk Kampung Sri Tanjung di sini yang turut terjejas ekoran banjir.

Dia yang menyewa rumah bersama suami, Sumbre Ali, 50, juga warga Indonesia, tidak dapat menyelamatkan barangan penting melainkan diri serta motosikal mereka.

“Saya menyewa di sini bersama suami kira-kira sebulan dan sebelum ini, kami tinggal di rumah lain juga di Dengkil. Kami tak sangka banjir turut menimpa rumah sewa kerana sebelum ini, tempat ini tidak pernah berlaku banjir.

“Semua barangan, beras baru beli dan pakaian ada di dalam rumah. Sewaktu kejadian, saya serta suami keluar sehelai sepinggang dan ketika itu air masih paras betis,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan rumahnya di sini hari ini.

Khotijah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi Sabtu lalu dan dia serta suami tidak dapat tidur memandangkan air masuk ke kawasan rumah sangat cepat.

“Pada masa ini, kami menumpang di rumah rakan. Sudahlah tidak dapat bekerja sewaktu pandemik Covid-19 dan sekarang, ujian berdepan dengan banjir pula. Setiap hari kami singgah untuk melihat rumah sewa, sedih rasanya. Untuk mendapatkan makanan, kami juga terpaksa ‘tebal muka’ bertanyakan orang di surau dan alhamdulillah, ada yang memberi makanan.

“Kami bukan orang di sini, jadi memang malu terpaksa meminta begini. Saya juga sudah memaklumkan dua anak di Indonesia dan mereka menangis apabila menceritakan keadaan kami,” katanya.

Sementara itu, Shafry Md. Yunos, 52, yang juga pemilik rumah disewa Khotijah berkata, bukan sahaja kediamannya, malah, banjir tersebut turut menjejaskan sumber kewangannya melibatkan lima rumah sewa.

“Rumah saya sendiri terjejas teruk kerana banjir selain lima lagi rumah sewa. Ketika kejadian, saya simpan dokumen seperti sijil kelahiran di dalam plastik serta ditinggalkan di rumah. Saya berharap ia selamat serta tidak dimasuki air. Semua barangan lain yang berada di rumah tidak dapat diselamatkan namun, saya bersyukur kereta saya sempat dikeluarkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya