PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran baharu ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Pahang melibatkan Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin manakala Selangor (Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Tangkak, Muar, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).
Amaran di Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Marudi).
Di Sabah, ia melibatkan Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) sehingga pukul 6 petang ini.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas jabatan itu.