PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 11 malam ini.
Menurut jabatan itu, kawasan di Perak meliputi Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).
Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu dan Seremban; dan Sarawak di Kuching, Serian, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit, Miri (Marudi) dan Limbang.
Amaran di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Tenom dan Nabawan), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).