'Terkejut' disergah 'hantu', remaja jantung berlubang meninggal dunia - Utusan Malaysia

‘Terkejut’ disergah ‘hantu’, remaja jantung berlubang meninggal dunia

TANGKAP layar video tular memaparkan mangsa rebah ketika bercuti bersama keluarganya di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Kegembiraan seorang remaja dari Melaka bercuti bersama ahli keluarganya di sebuah pusat peranginan di sini berakhir tragedi apabila dia tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia.

Difahamkan mangsa yang berusia 16 tahun itu tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri akibat terkejut selepas memasuki sebuah rumah hantu di situ.

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke kediamannya di Melaka.

Beliau berkata, berdasarkan bedah siasat mendapati mangsa menghadapi masalah jantung berlubang.

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan seorang remaja mengalami serangan jantung dan meninggal dunia semasa berada dalam rumah hantu di sebuah pusat peranginan di Bentong.

Video berdurasi dua minit 54 saat yang dikongsikan @mrwanchai di laman Facebook menunjukkan situasi rakan meminta mangsa menarik nafas, namun remaja itu kelihatan semakin lemah.

Keluarga dan perakam video itu kelihatan membawa mangsa ke kawasan terbuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya