Terikat tugas hakiki tidak halang polis bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

Terikat tugas hakiki tidak halang polis bantu mangsa banjir

SEPASUKAN pegawai dan anggota dari Batalion 6 PGA, Bakri Muar dan Unit 4 PSP, Kuala Lumpur membantu operasi pasca banjir di Puchong, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus membantu mangsa banjir meskipun terikat dengan tugasan hakiki.

PDRM dalam satu kenyataan memaklumkan, bantuan dihulurkan sepasukan pegawai dan anggota dari Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bakri Muar dan Unit 4, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Kuala Lumpur di Puchong, dekat sini hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi mereka, pasukan itu ditugaskan membantu operasi pasca banjir dengan membersihkan kawasan perumahan penduduk.

“Antara lokasi yang diberikan bantuan iaitu Jalan Bestari 7, Kampung Seri Aman Luar dan Lorong Berkat 2, Kampung Seri Aman Berkat, Puchong dekat sini,” kata hantaran itu.

Sementara itu, di Hulu Langat, sepasukan pegawai dan anggota Simpanan Persekutuan (FRU) Cheras terus turun padang membantu penduduk di Taman Hulu Langat Jaya.

Jelas hantaran itu, pasukan berkenaan telah ditugaskan membantu operasi pasca banjir dengan membersihkan kawasan perumahan penduduk dan kawasan sekitar yang terjejas mengalami banjir lumpur. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya