Tengkorak ditemukan sebelah tong sampah - Utusan Malaysia

Tengkorak ditemukan sebelah tong sampah

TENGKORAK yang ditemukan bersebelahan tong sampah di Simpang Tiga, Pasar Tani Pendang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Seorang lelaki terkejut apabila menemukan tengkorak manusia di tepi jalan bersebelahan tong sampah di simpang tiga Pasar Tani Pendang di sini hari ini.

Tengkorak tersebut ditemukan ketika lelaki terbabit melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 9.55 pagi sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata, siasatan di tempat kejadian menemukan tengkorak bersebelahan tong sampah besar di kawasan pasar tani itu.

“Semakan pada tengkorak hanya terdapat bahagian kepala sahaja dan tiada bahagian atau tulang-tulang lain dijumpai di sekitar tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah dipanggil bagi membantu siasatan.

“Pencarian oleh anggota K9 di sekitar kawasan dan di dalam tong sampah berdekatan tidak menemukan cebisan kerangka yang lain atau bahan-bahan bukti lain.

“Tengkorak yang ditemukan telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk dibuat pemeriksaan lanjut oleh pakar patologi,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa dipercayai lelaki warga asing berusia lingkungan 40-an.

“Siasatan awal kes dibuat di bawah kes kematian mengejut (SDR),” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya