Temui ajal ketika buat kerja amal bantu banjir - Utusan Malaysia

Temui ajal ketika buat kerja amal bantu banjir

AHMAD ZAKI MAHBAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor yang terlibat dalam membantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar dekat sini dilaporkan meninggal dunia.

Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Hanafi Zulkapli berkata, Allahyarham Ahmad Zaki Mahbar yang juga Komandan Amal Kawasan Mersing merangkap Ketua Kor Marin Jabatan Amal Malaysia dibawa  ke Hospital Banting selepas pitam dan tidak sedarkan diri. 

“Allahyarham hadir ke Selangor untuk bantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar. 

“Jabatan Amal Malaysia merakamkan salam takziah buat keluarga Allahyarham atas pemergiannya,” katanya menerusi hantaran Facebook Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya