IPOH: Polis mengesahkan seorang pemandu lori terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 27.1, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang merupakan seorang pemandu lori sayur.
Ketua Polis Perak, Datuk Faridalatrash Wahid berkata, maklumat mengenai mangsa diperoleh daripada majikan mangsa.
Menurutnya, keadaan mangsa masih belum diketahui setakat ini.
- Kenderaan tertimbus dalam runtuhan tanah Cameron Highlands ditemukan
- Kenderaan tertimbus dalam runtuhan tanah Cameron Highlands ditemukan
- Dua kenderaan dipercayai tertimbus tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
“Daripada siasatan awal, terdapat lori membawa sayur dari Cameron Highlands yang terperangkap dalam kejadian ini.
“Pemandunya seorang lelaki berusia 31 tahun. Usaha sedang dibuat untuk menyelamatkannya di tempat kejadian.
“Pasukan penyelamat sedang mengorek tanah menggunakan jengkaut,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.