Tanah runtuh Cameron Highlands: 'Tanggunglah dosa akibat ketamakan' - Utusan Malaysia

Tanah runtuh Cameron Highlands: ‘Tanggunglah dosa akibat ketamakan’

KERJA membersihkan runtuhan tanah di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Mereka tanggunglah dosa akibat ketamakan”.

Demikian ditegaskan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil merujuk kepada kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands, semalam.

Catatan beliau di Facebook itu dipercayai merujuk kepada kerakusan pihak tertentu meneroka hutan dan pembalakan haram yang menyebabkan banyak lokasi tidak selamat khususnya di lereng bukit.

Malah beliau menambah: “Mereka nak tunggu ramai lagi tertimbus akibat kemusnahan hutan. Selepas itu mereka pura-pura simpati”.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat kemungkinan terdapat mangsa lain dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini masih diteruskan.

Setakat ini, dua mangsa telah ditemukan dan disahkan maut iaitu pemandu lori, Muhammad Hafiz Hamdi, 31.

Seorang lagi mangsa ialah pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36, dari Klang, Selangor.

Shariffa Sabrina merupakan antara orang kuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lantang menyuarakan mengenai isu-isu membabitkan alam sekitar khususnya pembalakan haram dan pencerobohan hutan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN