Talent Corp, Yayasan Pahang asah peluang kerja untuk 12,000 graduan - Utusan Malaysia

Talent Corp, Yayasan Pahang asah peluang kerja untuk 12,000 graduan

Ab Razak Abu Musa Saari (L), bertukar MoU dengan Thomas Mathew
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) bersama Yayasan Pahang hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan usaha membangunkan kebolehpasaran graduan di negara ini.

Melalui kerjasama ini, lebih 2,000 penerima pinjaman tajaan Yayasan Pahang dan 12,000 bakat muda di bawah seliaan yayasan yang berdaftar melalui Majlis Mahasiswa Anak Pahang (Mampan) akan menerima manfaat.

Belia yang dilahirkan dan dibesarkan di Pahang akan diberi peluang menyertai inisiatif yang disediakan TalentCorp bagi menyiapkan mereka dengan kemahiran sesuai dengan industri kerja, sekaligus dapat mengurangkan jurang kemahiran dan ekonomi anak muda di Pahang.

Terdahulu Mou ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew; Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang, Abd Razak Abu Musa Saari serta Ketua Pegawai Eksekutif Beyond4 Malaysia, ST Rubaneswaran di ibu pejabat TalentCorp hari ini.

Mathew berkata, sejak tahun lalu pihaknya dan Yayasan Pahang meneroka peluang untuk bekerjasama dalam agenda pembangunan bakat Malaysia dan membina hubungan industri untuk Pahang.

“Dengan termeterinya MoU ini, TalentCorp, Yayasan Pahang dan Beyond4 akan bekerjasama erat demi mencapai sasaran memupuk upaya kerja dalam kalangan graduan berkaitan industri serta menuju ke arah Kerjasama Industri-Academia (IAC) yang lebih baik.

“Ini penting kerana sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, fokus TalentCorp adalah untuk membentuk kerjasama erat antara industri dan pihak akademik, jadi kita boleh perkukuh keupayaan kerja dalam kalangan graduan Malaysia, dan pada masa jangka panjang, menyesuaikan kemahiran dalam pasaran kerja,” katanya.

Katanya, aktiviti kerjasama pertama yang diadakan ialah Bootcamp Mampan untuk graduan pada awal Disember lalu dan penglibatan bersama pemain industri Pahang yang dijangka Januari 2022.

Thomas berkata, pihaknya turut memfokuskan kerjasama hubungan industri untuk mengukuhkan lagi rangkaian di Pahang.

“Saya juga percaya kerjasama erat TalentCorp dengan negeri Pahang akan diperkukuhkan lagi dengan Kerjasama Industri di Pahang yang akan kita anjurkan pada bulan depan, untuk mengukuhkan hubungan industri di Pahang dan kawasan Pantai Timur secara keseluruhannya.

“Kami sudah menghubungi Kumpulan Sokongan Perindustrian Gebeng(GISG), Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang, Persekutuan Pembuatan Malaysia (FMM) Pantai Timur, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk bersama-sama menjayakan usaha ini.

“Kami mengjangkakan respons yang baik daripada pemain industri di Pantai Timur dan kami harap dapat berkongsi maklumat lebih lanjut tentang perkara ini dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Sementara itu menurut Abd. Razak, pihaknya amat menghargai usaha yang dilakukan TalenCorp kerana ia bakal membuka peluang kepada anak-anak Pahang untuk menerokai bidang baharu.

“Saya yakin kerjasama antara TalenCorp, Yayasan Pahang dan Beyond4 ini akan membuka peluang kepada anak Pahang untuk mendapat tempat dan peluang pekerjaan.

“Ini sangat penting kerana di saat negara kita dilanda pandemik, ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan peluang pekerjaan sangat sukar atas sebab itu kita (Yayasan Pahang) berusaha untuk memastikan nasib graduan ini terjamin.

Antara inisiatif yang disediakan TalentCorp termasuklah Nurturing Expert Talent (mynext), Program Latihan Industri Berstruktur (SIP), Young Employable Students (YES!) dan Kerjasama Industri Akademia (IAC). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya