‘Tak payah karipap, teh kopi bincang bencana negara’ - Utusan Malaysia

‘Tak payah karipap, teh kopi bincang bencana negara’

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, pengurusan krisis bukan satu perkara mudah, sebaliknya perkara itu boleh dan perlu dibuat dengan sebaiknya.

Sebaliknya menurut beliau, yang paling penting adalah mengetepikan ego masing-masing dan menuding jari antara satu sama lain.

“Tidak ada ruang untuk menuding jari atau bertengkar bidang kuasa siapa, siapa patut buat itu, ini kerja saya bukan dia kenapa masuk campur. Prosedur kerajaan banyak, tetapi di masa krisis, apa yang lebih penting?

“Dari Persekutuan ke negeri, ke daerah dan kampung. Kita ada pelbagai agensi dan jawatan kuasa. Bukan saja-saja kita buat semua ni. Ada isu, selesaikanlah, ada krisis, tangani segeralah. Ada keperluan, buatlah.

“Koordinasi penting. Misi perlu jelas. Tindakan perlu segera,” jelas Najib dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu kemudian menjelaskan, perancangan dan pelaksanaan perlu dibuat segera di samping mengadakan mesyuarat ringkas.

“Tak payahlah karipap ke, teh kopi ke. Mesyuarat cepat pendek dan ringkas. Buat perancangan. Kemudian keluar laksanakan. Bantulah rakyat sebaik-baiknya,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya