Syafiq mahu kembali ‘menyengat’ - Utusan Malaysia

Syafiq mahu kembali ‘menyengat’

SYAFIQ Ahmad kembali berbakti bersama skuad Kedah selepas empat tahun beraksi bersama JDT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syafiq Ahmad berpeluang besar untuk menjadi penyerang utama pasukan Kedah selepas gandingan Kipre Tchetche dan Kpah Sherman berhijrah ke Terengganu FC (TFC) musim depan.

Keadaan itu juga bakal memberinya lebih banyak minit permainan beraksi di atas padang sekaligus mampu mengembalikan semula sentuhan penyudah dan keyakinannya musim depan.

Pemain berusia 26 tahun itu akan kembali menyarung jersi pasukan yang ditinggalkan empat tahun lalu menerusi pinjaman setahun daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saya bersyukur kerana dapat kembali ke Kedah, malah dengan kesungguhan ditunjukkan pengurusan, itu juga menjadi faktor saya pulang ke sini dan rasa gembira kerana masih ada orang berminat dengan khidmat saya.

“Dalam masa sama, saya mahu mahu beri penghargaan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang sudi beri perkenan untuk saya ke Kedah selain serta berikan sokongan dari belakang tidak kira apa jua situasi saya.

“Penyokong Kedah juga memberikan banyak kata-kata positif tentang kehadiran semula saya dan itu menambah motivasi saya,” kata Syafiq. 

Menurut Syafiq, dia tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada penyokong Kedah, namun memberi jaminan akan memberikan aksi terbaik sepanjang tempoh dipinjamkan oleh Harimau Selatan.

“Mengenai angka jaringan, saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenainya kerana masih terlalu awal tetapi apa paling penting sebaik bersama Kedah, saya mahu kembali dapatkan momentum.

“Saya mahu mengembalikan keyakinan dalam diri ini serta rentak yang dimahukan, itu perkara yang menjadi keutamaan apabila saya bersama Kedah, ” ujarnya.

Harapan saya dengan pasukan adalah mahu mencabar apa jua kejuaraan yang kita boleh berikan saingan pada musim depan namun apa paling penting ialah Piala AFC.

“Saya mahu membantu Kedah layak ke peringkat seterusnya di Piala AFC serta melangkah sejauh yang boleh kerana ini menjadi keutamaan buat saya sertai Kedah.

“Selain itu di Liga Super atau Piala Malaysia, kami akan cuba mendapatkan kejuaraan serta bagi saingan kepada semua pasukan,” jelasnya.

“Biarpun kali ini mungkin tidak ramai lagi pemain Kedah yang saya pernah bersama dahulu seperti Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali namun kualiti Kedah tidak pernah hilang.

“Kedah dari dahulu hingga sekarang sentiasa dibarisi pemain-pemain yang punya skil yang baik biarpun pemain bersilih ganti di dalam pasukan, ” katanya.

Memulakan karier di peringkat remaja bersama Kedah sejak 2012, Syafiq mula diserapkan dalam pasukan senior pada 2015 sehingga 2017 sebelum berhijrah ke JDT.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya