Sungai Rimau lepasi paras bahaya - Utusan Malaysia

Sungai Rimau lepasi paras bahaya

PARAS air sungai di Kampung Bugis, Beserah, kelihatan tinggi dan mengalir deras akibat hujan lebat semalaman, di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Air Sungai Lembing di Sungai Rimau melepasi paras bahaya manakala enam lagi sungai di daerah ini masih di paras normal namun menunjukkan tren menaik sejak pagi tadi.

Berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuantan, paras Sungai Lembing pagi tadi mencecah 36.55 meter berbanding paras amaran 35 meter. 

Enam lagi sungai yang berada di paras normal namun mengalami tren menaik ialah Sungai Lepar di Jambatan Gelugor yang menunjukkan paras air semasa 27.37 meter dan Sungai Kenau di Bukit Kenau iaitu di paras 19.9 meter. 

Sementara itu, air sungai Kuantan di Pasir Kemudi masih berada di paras normal iaitu 3.67 meter namun paras waspada ditetapkan adalah 4.60 meter. 

Beberapa sungai lain masih berada dalam keadaan normal dan tidak membimbangkan seperti di jalan pintasan Kuantan-Kemaman, paras air sungai iaitu 1.18 meter, Sungai Belat di Sri Damai 1.78 meter dan Sungai Cherating di jambatan Cherating iaitu 1.75 meter. 

Sehubungan itu, penduduk yang tinggal di kawasan rendah terutama berhampiran sungai dinasihatkan sentiasa bersedia untuk berpindah jika paras air semakin tinggi dan boleh menyebabkan banjir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya