Sultan Johor mahu kerajaan tingkat kawalan keselamatan sempadan - Utusan Malaysia

Sultan Johor mahu kerajaan tingkat kawalan keselamatan sempadan

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar menerima menghadap Hamzah Zainuddin selama dua jam di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan diminta meningkatkan kedaulatan dan tahap keselamatan negara dengan mempertingkatkan kawalan di pintu-pintu masuk utama serta sempadan negara.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah demikian ketika menerima menghadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, hari ini dalam pertemuan selama kira-kira dua jam.

“Saya membincangkan mengenai Pulau Pisang, Pulau Batu Puteh dan juga Tompok Utara, di mana kawalan keselamatan khususnya di sempadan negara serta pintu-pintu masuk utama perlu dipertingkatkan,” titah baginda melalui Royal Press Office (RPO), di sini hari ini.

Sementara itu, Hamzah memberitahu, Kementerian Dalam Negeri akan sentiasa menjadi teras utama kawalan sempadan negara bagi memastikan ketenteraman negara sentiasa terpelihara.

“Baginda amat menitikberatkan perkara ini dan juga berkenan menyampaikan nasihat untuk memperketatkan kawalan sempadan supaya ia tidak mudah diceroboh.

“Sultan Johor turut menzahirkan rasa sedih dengan tragedi bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) hingga mengorbankan banyak nyawa berlaku di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, baru-baru ini,” katanya.

Dalam masa sama, Hamzah berkata, Sultan Ibrahim juga mencadangkan beberapa perkara bagi memperketat perundangan negara khususnya perkara berkaitan prosedur kapal-kapal berlabuh di perairan negara.

“Terdapat banyak kapal berlabuh di perairan negara khususnya di kawasan Desaru dan baginda amat menitikberatkan keselamatan nelayan tempatan terutama ketika keadaan laut bergelora.

“Baginda juga cadangkan supaya satu struktur keselamatan termasuk sistem radar di perairan negara dilengkapkan bagi mengesan kemasukan penceroboh. Kesemua perkara ini akan saya beri perhatian,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya