Suk Won dipikat Kedah - Utusan Malaysia

Suk Won dipikat Kedah

SUK Won menjadi pilihan skuad Kedah bagi memperkasa ruang pertahanan pada musim depan.- IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pertahanan dari Korea Selatan, Jang Suk Won menjadi pemain import pertama diumumkan Kedah Darul Aman untuk menabur bakti dengan pasukan itu bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan.

Kehadiran Suk Won, 32, yang beraksi bersama Melaka United FC (MUFC) musim lepas dilihat bakal mengisi kekosongan ditinggalkan pertahanan bertubuh sasa, Renan Alves dari Brazil yang tidak menyambung kontrak bersama Kedah.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kedah di laman Facebook rasminya, pasukan itu jelas mahu mengharapkan pengalaman Suk Won dalam liga tempatan sebelum ini sebagai kelebihan untuk memudahkan pemain itu menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan.

“Suk Won merupakan pemain utama dalam pasukan lamanya ketika membantu kebangkitan MUFC layak ke separuh akhir Piala Malaysia, musim lalu.

“Pengalaman beraksi dalam liga tempatan dijangka memberi kelebihan untuk pemain itu menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan ketika pra-musim,” katanya dalam kenyataan itu.

Souk Won yang merupakan bekas pelatih skuad kebangsaan Korea Selatan bawah 20 dan 23 tahun pernah mewakili pasukan Seongnam FC di negaranya dan Fagiano Okayama di Jepun.

Pemain itu kemudiannya berhijrah ke Melaka sejak 2019 dan memainkan peranan cukup penting bagi mengemudi benteng pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan pada musim lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya