‘Sudah lebih sebulan kebun sawit kami dilanda banjir’

‘Sudah sebulan kebun sawit banjir’

KEADAAN kebun kelapa sawit yang ditenggelami banjir sejak hampir sebulan lalu berikutan ban pecah di Kampung Selat Manggis dekat Teluk Intan. – FOTO/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Penduduk Kampung Selat Manggis dekat sini meminta kerajaan menye­ge­­ra­kan kerja baik pulih ban penebat banjir yang pecah me­nyebabkan air dari Sungai Batang Padang melimpah ma-suk ke kampung mereka.

Keadaan itu sudah berlaku sejak hampir sebulan lalu iaitu ketika fenomena air pasang be­sar, menyebabkan banyak kawasan di kampung itu masih ditenggelami air termasuk di kebun kelapa sawit.
Ini menyebabkan pendapatan penduduk terjejas kerana sebahagian besar bergantung kepada kelapa sawit.

Tinjauan Utusan Malaysia men­dapati kawasan ban pene­bat banjir di Sungai Batang Padang dalam keadaan pecah atau putus akibat aliran deras air sungai.

Seorang penduduk, Jamil Ahmad, 47, berkata, akibat ban yang pecah, air sungai melimpah hingga ke kawasan kebun kelapa sawit miliknya.

Menurutnya, dia bimbang jika lama terendam dalam air, pokok akan rosak manakala buah sawit tidak dapat dikeluarkan dari kebun.

“Keadaan ini sudah berla­ru­tan sejak sebulan lalu iaitu se­masa fenomena air pasang besar yang menyebabkan ban pe­nebat banjir pecah diasak arus Sungai Batang Padang.

“Namun sehingga kini tiada apa-apa usaha dilakukan untuk memperbaiki ban yang pecah menyebabkan air sungai terus mengalir deras masuk ke ba­nyak kawasan di kampung kami.

“Selain air masih membanjiri jalan di kawasan kampung, kebun kelapa sawit milik penduduk juga masih banjir dan ini sudah tentu menyusahkan kami,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, lokasi ban yang putus itu tidak jauh dari kampung mereka iaitu hanya kira-kira satu kilometer, menyebabkan air sungai cepat mengalir masuk ke kampung mereka.
namun, katanya air sungai yang masuk tidak mempunyai saliran untuk keluar.

“Kami bimbang jika keada­an berlarutan, mungkin buaya sungai masuk ke kampung ini. Banjir juga menyebabkan jalan ke kampung ini rosak teruk.

“Lebih menyusahkan sejak banjir melanda kampung lebih tiga minggu lalu, sumber rezeki kami terjejas kerana buah kelapa sawit tidak boleh diambil disebabkan kebun kami masih ditenggelami air,” katanya.

Sementara itu, Jurutera Daerah Hilir Perak, Mahidi Mahamood berkata, pihaknya telah memohon peruntukan untuk baik pulih ban yang pecah melibatkan kos RM500,000.

“Saya berharap penduduk yang terlibat bersabar sementara menantikan peruntukan diluluskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya