Suami isteri menumpang teduh di rumah usang - Utusan Malaysia

Suami isteri menumpang teduh di rumah usang

MARZUKI Abdul Manaf (kiri) dan Aida Ahmad melihat keadaan atap zink yang reput dan bocor di rumah mereka di Kampung Baru Jalan Tokong India, Kamunting dekat Taiping, Perak. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Kesempitan hidup menyebabkan sepasang suami isteri di Kampung Baru Jalan Tokong India, Kamunting di sini, terpaksa menjadikan sebuah rumah usang yang menunggu masa rebah ke bumi sebagai tempat berteduh.

Aida Ahmad, 33, berkata, dia dan suami, Marzuki Abdul Manaf, 57, menumpang di rumah milik rakan suaminya itu sejak empat tahun lalu.

Katanya, mereka tidak mempunyai pilihan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap selain keadaan dirinya yang tidak boleh berjalan selepas terjatuh dalam bilik air beberapa bulan lalu.

“Rumah ini sudah uzur, dinding dan atap eput akibat dimakan anai-anai. Jika hujan, air masuk melalui atap zink yang bocor. Keadaan ini amat sukar bagi saya yang hanya mampu terbaring dan duduk,” katanya di sini, semalam.

Menurut Aida, keadaan rumah itu yang uzur menyebabkan pemiliknya tidak lagi meminta sewa namun dia dan suami perlu berpindah dan mencari kediaman lain yang lebih selesa.

“Mahu cari rumah sewa bukan senang, kalau ada pun sewanya RM600 ke RM700 sebulan, kami memang tidak mampu. Saya dan suami buntu, tidak tahu mahu buat apa lagi,” katanya yang enggan mendapatkan rawatan di hospital kerana bimbang tidak mampu membayar bil perubatan

Aida berkata, disebabkan kemiskinan, dia dan suaminya pernah terputus bekalan makanan hingga terpaksa mengikat perut dalam tempoh dua ke tiga hari.

Sementara itu, nasib pasangan suami isteri berkenaan mendapat perhatian Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen Taiping (KMM) yang tampil membantu mendapatkan rumah baharu untuk mereka.

Wakilnya, Md. Zukry Ahmad memberitahu, pihaknya sedang menguruskan proses perpindahan tersebut dengan bantuan beberapa pihak termasuk penghulu dan pegawai daerah.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank atas nama Aida Binti Ahmad, 161190134342 atau menghubunginya di talian, 017-8571061. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya