‘Stabil Melaka, Makmur Bersama’ - Utusan Malaysia

‘Stabil Melaka, Makmur Bersama’

SULAIMAN Md. Ali menunjukkan Buku Bajet 2022 pada Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama, DUN Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bajet 2022 negeri Melaka berjumlah RM507.92 juta dengan tema ‘Stabil Melaka, Makmur Bersama’ selesai dibentangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dalam Persidangan Pertama (Khas) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di sini, hari ini.

Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, ia melibatkan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM427.92 juta iaitu bagi maksud tanggungan bernilai RM10.48 juta dan maksud bekalan RM417.44 juta.

Beliau berkata, perbelanjaan pembangunan pula dianggarkan berjumlah RM80 juta dengan pecahan RM56.36 juta sebagai sumber hasil negeri, RM23.64 juta sebagai pemberian geran tahap oleh kerajaan Persekutuan dan token sebanyak RM20 adalah pindahan daripada Akaun Pinjaman Disatukan.

“Bajet 2022 ini juga adalah bajet surplus atau bajet lebihan dengan hasil kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM428.91 juta, dengan anggaran hasil cukai berjumlah RM211.05 juta, hasil bukan cukai berjumlah RM200.31 juta dan terimaan bukan hasil bernilai RM17.55 juta.

“Oleh itu, dalam merangka Bajet Melaka 2022, hasil kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM428.91 juta dengan pecahan, anggaran hasil cukai bernilai RM211.05 juta, hasil bukan cukai berjumlah RM200.31 juta dan terimaan bukan hasil bernilai RM17.55 juta,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Dalam pembentangan itu juga, Sulaiman turut mengumumkan inisiatif bantuan secara one-off bernilai RM150 kepada semua bayi yang dilahirkan di Melaka pada hari ini, melalui pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Tambahnya, penjawat awam negeri turut diberikan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 melibatkan 5,087 individu.

“Kepada ibu-ibu yang menyambut kelahiran bayi comel lagi bertuah pada hari ini, bermula dari pukul 12.00 tengah malam sehingga pukul 11.59 tengah malam ini. Buat bayi yang lahir di negeri Melaka, pada 27 Disember 2021, bantuan one-off diberikan, melalui pembukaan akaun SSPN-i, bernilai RM150.

“Manakala bagi bayi yang lahir di Melaka pada hari lain, melalui Musa’adah Wilada iaitu bantuan diberikan untuk pembukaan akaun SSPN-i pada kadar RM50 dengan implikasi kewangan berjumlah RM100,000,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya