Sri Johor terbakar: Penghuni terdengar letupan ketika tidur

Sri Johor terbakar: Penghuni terdengar letupan ketika tidur

SEORANG mangsa kebakaran melihat keadaan rumahnya di Perumahan Awam Sri Johor yang musnah terbakar dipercayai akibat kebocoran gas, semalam. - FOTO/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah sempat menyelamatkan diri selepas kediamannya antara lapan unit rumah di Perumahan Awam Sri Johor di sini terbakar semalam.

Menceritakan kepada Utusan Malaysia, Santi Chandran, 45, berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur keseorangan di ruang tamu selepas enam ahli keluarga lain keluar makan tetapi tiba-tiba terdengar letupan dari satu daripada dua bilik di kediaman itu.

SANTI CHANDRAN

Menurutnya, dia terkejut apabila terlihat api marak dan asap tebal dari bilik tersebut.

“Saya terus mengambil telefon bimbit dan dokumen penting untuk keluar menyelamatkan diri.

“Ketika itu pintu jeriji berkunci malah kunci dibawa ahli keluarga. Nasib baik ada jiran membantu memecahkan pintu sebelum saya dapat menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Santi memberitahu, kebakaran itu adalah kejadian pertama sejak dia tinggal di kediaman tersebut 40 tahun lalu.

Seorang lagi mangsa, A. Dunavatchi, 63, hanya menyedari kejadian apabila cucunya berusia tiga tahun batuk kuat seakan sukar untuk bernafas.

A. DUNAVATCHI

Ujarnya, dia kemudian dihubungi jirannya yang memaklumkan berlaku kebakaran di tingkat empat lalu turun ke tingkat bawah bersama cucunya.

“Ketika keluar, koridor gelap dipenuhi asap dan api marak di bumbung atas. Akhirnya saya jumpa laluan ke tangga dan berjaya ke tingkat bawah,” ujarnya.

Sementara itu, M. Devarajan, 50, bersyukur kerana ayahnya yang terlantar akibat strok berjaya dibawa turun oleh penduduk lain.

“Ketika itu, saya dan isteri ke rumah saudara di blok lain dan dihubungi jiran memberitahu rumah terbakar. Saya bergegas pulang untuk selamatkan ayah berseorangan di rumah tetapi dia sempat dibawa turun oleh jiran,” katanya.

Berbeza pula dengan Mohd. Zulfiqar Ahmad, 64, yang terkejut apabila mendapati rumahnya hangus terbakar ketika dia dan isteri berada di luar kawasan semasa kejadian namun terpaksa reda.

Seramai 32 ahli keluarga melibatkan lapan unit rumah terkesan dalam kira-kira pukul 9.15 malam itu.

Kejadian itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bergegas ke lokasi kejadian selain mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 serta unit rumah baru kepada mereka terlibat.

Kesemua mangsa disahkan selamatkan kini ditempatkan di dewan serbaguna berhampiran lokasi kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya