SPV edar 4,000 pek makanan di Taman Sri Muda - Utusan Malaysia

SPV edar 4,000 pek makanan di Taman Sri Muda

M. PARAMASIVAN (belakang,kiri) bersama Nor Shabudin (depan) menaiki bot untuk mengedar bungkusan makanan kepada mangsa banjir yang masih berada di rumah mereka di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor People’s Voice (SPV) bersedia menghantar 4,000 bantuan bekalan makanan untuk diedar kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini.

Bagaimanapun, bekalan makanan itu dilapor tidak dapat dihantar lebih awal berikutan tidak mempunyai bot bersesuaian untuk membawa masuk bekalan berkenaan kepada penduduk di kawasan perumahan tersebut.

Menurut Pengerusinya, M. Paramasivan, beliau dan anggota NGO itu terpaksa berhempas pulas mencari bot yang sesuai bagi membawa bantuan makanan untuk diedar kepada mangsa-mangsa kelaparan akibat terputus bekalan.

“Syukur kita dengan kerjasama NGO, Pertubuhan Dalam Komuniti (PDK) Bandar Botanic berjaya mendapat sebuah bot sederhana besar dengan tajaan seorang dermawan.

“Bot tersebut kita gunakan dengan seliaan pihak berkuasa untuk proses mencari dan menyelamat mangsa banjir,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Operasi pengedaran makan itu turut dihadiri Pengerusi PDK Bandar Botanic, Datuk Nor Shabudin Monil.

Paramasivan berkata, usaha mencari bot  selama dua hari sejak hari pertama banjir mula melanda merupakan pengalaman yang mencabar.

Katanya, tanpa bot pihaknya yang mempunyai 4,000 pek barang makanan sukar untuk masuk ke kawasan Seri Muda yang dinaiki air lebih lima meter.

“Inilah pengalaman yang mengajar saya sebagai ahli NGO untuk menyediakan payung sebelum hujan. Seharusnya semua pihak bersedia dari sudut logistik untuk menghadapi bencana alam sebesar ini,” jelasnya.

Jelas Paramasivan, selain Seri Muda pihak SPV turut menghantar bungkusan barangan makanan ke kawasan yang dilanda banjir seperti Bukit Raja, Meru, Pulau Indah, Batu Tiga,Alam Megah, Teluk Gong dan Kampung Pandamar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya