Spurs 'tempang' jumpa Watford - Utusan Malaysia

Spurs ‘tempang’ jumpa Watford

PEMAIN Tottenham menjalani latihan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Antonio Conte menyampaikan berita buruk kepada peminat Tottenham Hotspur selepas mengesahkan pemain sayap mereka, Steven Bergwijn mengalami kecederaan selain Lo Celso, Romero dan Sessegnon turut mengalami nasib sama.

Pengendali dari Itali itu mendedahkan perkara tersebut selepas tamat perlawanan, iaitu Bergwijn tidak bermain kerana mengalami kecederaan betis.

Pemain sayap Belanda itu tidak dapat sembuh daripada kecederaan itu tepat pada masanya menjelang perlawanan menentang Watford pada Sabtu ini. 

“Bergwijn cedera ketika perlawanan menentang Crystal Palace. Dia mengalami kesakitan di bahagian betisnya dan turut mengalami kecederaan adalah Lo Celso, Romero dan Sessegnon. Mereka tidak akan bermain pada hujung minggu ini,” kata Conte.

Ketiadaan Bergwijn yang muncul pemain terbaik ketika pasukannya memperoleh kemenangan ke atas West Ham dalam Piala Liga minggu lepas, sudah semestinya menjejaskan persiapan pasukan.

Tottenham sekadar seri 1-1 ketika menentang Southampton yang beraksi dengan 10 pemain apabila pertahanan Southampton, Mohammed Salisu mengasari Son Heung-Min dalam kotak penalti.

Penyerang England, Harry Kane tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan penalti untuk Spurs kembali menyamakan kedudukan selepas pemain tengah, James Ward-Prowse menjaringkan gol pada minit ke-24. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya