SPRM kesan 2 individu bantu pengurusan kes - Utusan Malaysia

SPRM kesan 2 individu bantu pengurusan kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan dua individu bagi membantu pengurusan kes suruhanjaya itu.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, individu pertama, Ko Boon Hin, 57, beralamat terakhir di No. 16, Lorong 8, Kampung Bintawa, 93450 Kuching, Sarawak.

Sementara itu, individu kedua, Mohd. Zafirudin Rasip pula beralamat terakhir di No. 583B-9-5, Perumahan Pegawai PDRM, Jalan Sg. Dua, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut  menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Afiq Abu Shuhud di talian 012-561 0011 atau 082-467 701. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya