KUCHING: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh berdepan saingan lima penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, 18 Disember ini.
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang merangkap Menteri Kewangan II kerajaan Sarawak berdepan calon daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS-SUPP), Robert Lau Hui Yew.
Hui Yew adalah seorang peguam dan ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong pada 22 Jun 2020 hingga 21 Jun tahun depan.
Soon Koh antara lain bersaing dengan calon daripada Pakatan Harapan (PH)-DAP, Amy Lau Bik Yin; Parti Sarawak Bersatu (PSB), Michelle Ling Shyan Mih dan calon Bebas, Ricky Enteri.
Beliau sudah mempertahan DUN Bawang Assan selama enam penggal sejak 1991. – UTUSAN ONLINE