SMJK Hwa Lian Mentakab ditutup seminggu, enam guru positif Covid-19 - Utusan Malaysia

SMJK Hwa Lian Mentakab ditutup seminggu, enam guru positif Covid-19

SMJK Hwa Lian Mentakab di Temerloh, Pahang ditutup susulan penularan wabak Covid-19 di sekolah itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Hwa Lian Mentakab di sini ditutup selama seminggu sehingga Khamis depan selepas enam orang guru di situ disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Pengelola SMJK Hwa Lian, Datuk Hiang Ah Lee berkata, penutupan sekolah itu dibuat bagi mengelak penularan pandemik berkenaan.

“Setakat semalam tiada lagi pelajar yang direkodkan positif Covid-19 dan kita meminta mana-mana individu yang bergejala supaya melakukan ujian calitan Covid-19 dengan segera.

“Sekolah ditutup sehingga Khamis depan dan sanitasi juga dibuat di seluruh kawasan sekolah,” katanya di sini hari ini.

SMJKC Hwa Lian yang terletak di Mentakab di sini mempunyai lebih 800 orang pelajar yang telah lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin.

Menurut Ah Lee, dalam tempoh penutupan sekolah kesemua pelajar akan mengikuti kelas melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya