Skop MPN hanya Covid-19, bukan banjir - Utusan Malaysia

Skop MPN hanya Covid-19, bukan banjir

PETUGAS Pejabat Kesihatan Kuala Nerus memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada warga penduduk Pulau Redang. Majlis Pemulihan Negara menegaskan hanya menumpukan kepada penularan Covid-19, bukannya bencana banjir. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skop pengurusan kecemasan di bawah Majlis Pemulihan Negara (MPN) hanya melibatkan pandemik Covid-19.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Jawatankuasa MPN, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, terma rujukan di dalam majlis itu adalah pemulihan negara dalam pelbagai aspek impak daripada wabak berkenaan yang melanda sejak tahun lalu.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, hal berkaitan bencana berada di bawah tanggungjawab Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan bukan di bawah bidang kuasa MPN.

“Jika MPN memasukkan ruang skop kerja Nadma, perlu ada perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kabinet.

“Ini perlu diputuskan secara bersama dalam MPN, jika majlis ini mampu berperanan sebagai penasihat. Pe­ngurusan bencana lain terma­suk banjir atau terkait dengan perubahan iklim tidak termasuk skop fungsi MPN.

“Walaupun MPN berpegang kepada prinsip melindungi nyawa, namun tidak semudah itu kerana dalam hal punca kuasa dan terma rujukan, perlu ada kejelasan dalam penetapan bidang kuasa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar ini, memetik Ketua Pengarah Eksekutif, Hisomuddin Bakar yang mendakwa, MPN tidak berpe­ranan semasa dan selepas banjir melanda negara minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya