Sistem pendidikan disesuaikan aspek ESG - PM - Utusan Malaysia

Sistem pendidikan disesuaikan aspek ESG – PM

Siswazah bukan dalam bidang teknikal kini boleh memohon memasuki bidang pendidikan teknikal dan latihan vo­kasional (TVET) di 22 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) seluruh negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sistem pendidikan sedia ada akan disesuaikan agar lebih menjurus kepada aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Perdana Menteri berkata, dalam usaha itu, kurikulum Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) khususnya perlu ditambah baik untuk memenuhi keperluan pekerjaan masa hadapan ini.

Menurut  beliau, transformasi ke arah ekonomi dan masyarakat yang cakna terhadap ESG memerlukan peralihan dalam pelbagai aspek pengurusan, pentadbiran dan kerangka minda dalam pembuatan dasar. 

“Dalam soal peluang pekerjaan yang bakal dijana, Malaysia perlu bersedia untuk mewujudkan satu ekosistem yang mampu menjana aktiviti-aktiviti dan pasaran pekerjaan yang selari dengan tuntutan dan keperluan ke arah ekonomi dan masyarakat yang mesra ESG.

“Ini merupakan antara inisiatif yang saya anggap penting mengambil inspirasi suara anak-anak muda Keluarga  Malaysia untuk mewariskan sebuah negara lestari kepada generasi akan datang,” katanya dalam perutusan khas sempena tahun baharu 2022 di sini malam ini.

Ismail Sabri berkata, dari sudut berbeza pula, aspirasi ESG juga memerlukan keberanian pihak kerajaan untuk mewujudkan rangka dasar dan insentif yang lebih kondusif.

Sebab itulah, katanya, antara insentif yang membuktikan kerajaan komited dengan agenda ini ialah pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais, cukai jualan malahan cukai jalan bagi kenderaan elektrik (EV).

Kata beliau, kerajaan juga sedar dalam mencapai matlamat ini,  ekosistem sokongan seperti infrastruktur bagi  EV perlu dibangunkan dan dipertingkatkan seperti  di negara maju.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya