Sindiket jual bunga ganja tumpas  - Utusan Malaysia

Sindiket jual bunga ganja tumpas 

ANTARA bunga ganja yang ditanam sindiket di sebuah residensi mewah di Brickfields, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan menjual bunga ganja di sekitar Lembah Klang BERIKUTAN penahanan empat lelaki  di Shah Alam, dekat sini dan Brickfields, Selasa lalu. 

Yang turut dirampas ialah 4.555 kilogram (kg) bunga ganja dianggarkan bernilai RM455,520, 0.72 kg daun kering ganja (RM36,000), 0.67 kg benih ganja, lapan batang pokok ganja dan sebuah Mercedes Benz dan motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd. Latif berkata, serbuan dijalankan dengan kerjasama JSJN Bukit Aman yang tmenjalankan risikan ke atas satu sindiket dadah yang bergiat aktif selama tiga bulan di kawasan Lembah Klang. 

Katanya, serbuan pertama dijalankan di tempat letak kereta residensi mewah di Pantai Dalam serta seorang lelaki. 

“Dengan dipandu arah oleh suspek, pihaknya turut menyerbu sebuah unit rumah residensi berkenaan dan  menahan suspek kedua di dalam rumah tersebut selain menemukan pelbagai jenis ganja. 

“Penahanan itu membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di Shah Alam serta merampa dadah jenis ganja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Sahar, ekoran itu, polis membuat serbuan di sebuah pasar raya di Jalan Kerinchi dan menahan suspek keempat yang disyaki terlibat dalam sindiket dadah.

Ujar beliau, kesemua suspek berusia antara 22 hingga 36 tahun.

“Hasil ujian saringan awal polis mendapati tiga suspek positif dadah THC serta dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.  Kesemua suspek direman selama tujuh hari  hingga Selasa ini,” ujarnya. 

Sahar berkata, siasatan awal mendapati modus operandi sindiket merupakan satu trend baharu dalam aktiviti pengedaran dadah ganja dengan mensasarkan penjualan bunga ganja yang bernilai tinggi di pasaran.

“Benih ganja diimport dari luar negara serta menggunakan teknologi canggih untuk proses penanaman dan penjagaan pokok ganja.

“Sindiket dipercayai menjual ganja kepada pelanggan tertentu dalam bentuk timbangan iaitu satu gram bernilai RM100 dan menggunakan residensi mewah untuk menjalankan kegiatan mereka dengan harga sewaan RM 4,500 sebulan,” katanya. 

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Ujarnya, polis memandang berat trend penanaman pokok ganja dan akan memberi perhatian serius dalam membanteras aktiviti seumpama ini.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya