KUALA LUMPUR: Satu sidang akhbar akan diadakan Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) petang ini yang dipengerusikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bagi menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam jemputan yang dihantar kepada petugas media, sidang akhbar tersebut diadakan pada pukul 6 petang ini di bangunan Parlimen. – UTUSAN ONLINE