Siap sedia hadapi kemungkinan monsun lebih teruk - Utusan Malaysia

Siap sedia hadapi kemungkinan monsun lebih teruk

AFFENDI BUANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang mengingatkan semua agensi perlu bekerjasama menghadapi kemungkinan lebih teruk ekoran banjir Monsun Timur Laut sebenarnya belum berlaku. 

Beliau berkata,  Monson Timur Laut itu belum melanda di negeri-negeri khususnya Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang. 

“Disebabkan itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah bersedia lebih awal kerana kita tahu apa bakal terjadi namun diingatkan banjir teruk belum berakhir kerana tidak sampai di negeri-negeri tradisi (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor).

“Anggota kita telah bersiap-siaga di negeri-negeri tersebut bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Bencana di Taman Sri Muda, Shah Alam, di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Affendi meminta semua pihak tidak menuding jari antara satu sama lain sebaliknya setiap agensi perlu berganding bahu dalam mengutamakan keselamatan mangsa banjir.

Jelas beliau, mana-mana pihak tidak seharusnya meletakkan kesalahan kepada agensi berkaitan yang dilihat mampu menjejaskan operasi penyelamatan. 

“Agensi tidak boleh bekerja sendiri, setiap agensi perlu memastikan dapat digembeling agar operasi penyelamatan lebih berkesan. 

“Kita perlu bekerjasama, tiada sistem yang betu. Ini darurat, satu bencana. Jika kita berganding bahu, semuanya dapat digerakkan,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya