Shukor beralih arah menjadi jurulatih - Utusan Malaysia

Shukor beralih arah menjadi jurulatih

SHUKOR Adan menutup karier sebagai pemain bola sepak profesional dengan bergaya apabila menjuarai Piala Malaysia 2021, yang juga koleksi kelimanya.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Biarpun telah mendakap Piala Malaysia sebanyak empat kali sebelum ini namun Shukor Adan mengakui kejayaan menjulang trofi tersebut buat kali kelima adalah detik paling bermakna sepanjang kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional.

Kejayaan itu hadir selepas Kuala Lumpur City (KL City) mengejutkan pasukan pilihan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia yang menyambut ulang tahun ke-100 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam menerusi gol Zhafri Yahya dan Poulo Josue.

Shukor yang dimasukkan pada masa kecederaan mengakui kejayaan memenangi Piala Malaysia bersama KL City menjadi detik yang tidak akan dilupakan walaupun sudah pernah empat kali menjulang trofi itu bersama Selangor dan Negeri Sembilan.

“Setiap kali kita menang (juara Piala Malaysia), semua adalah pengalaman manis. Tapi pengalaman pada malam ini (semalam) saya rasa tak akan boleh lupa sampai bila-bila sebab ia mengakhiri karier saya sebagai pemain bola sepak profesional.

“Saya perlu berterima kasih kepada pemain KL City kerana mencapai impian saya. Kalau ikutkan nak ke final saja, tapi keajaiban (berlaku) pada malam ini dan menjadi penamat kerjaya saya. Bagi saya ini sejarah yang berlaku dalam bola sepak negara kita.

“Pada usia saya 42 tahun saya masih lagi boleh menang Piala Malaysia, walaupun bermain satu minit pun tak apa. Ini (kejuaraan) Piala Malaysia yang kelima saya dan saya menghambakan diri dengan bola sepak hampir 24 tahun, saya rasa saya bangga,” katanya selepas perlawanan.

Selain lima kejuaraan Piala Malaysia, Shukor juga pernah menjulang dua trofi Piala FA dan memenangi dua gelaran Liga Perdana sepanjang kerjayanya.

Selain itu, bekas pemain Harimau Malaya itu juga menjelaskan dia akan beralih kerjaya sebagai jurulatih bola sepak selepas bersara.

“Untuk apa lagi saya nak main bola dan pada usia 42 tahun ini mungkin penamat yang paling baik untuk saya. Tapi bola tetap jiwa saya dan saya akan cuba beralih ke bidang kejurulatihan. Kalau ada rezeki saya ingin berjaya macam ini,” ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya