Shauqi Danial juara The Audition 2021 - Utusan Malaysia

Shauqi Danial juara The Audition 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Shauqi Danial diumumkan sebagai juara program pencarian bakat baharu, The Audition 2021 yang diadakan baru-baru ini di Atrium, The Strand Mall, Selangor.

Shauqi membawa pulang hadiah berupa kontrak latihan dan pembangunan bernilai RM50,000.

Menurutnya, dia terkejut dan bersyukur kerana diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab sebagai juara program realiti ini.

“Saya tak sangka menang kerana saya rasa persiapan hari ini 60 peratus saja. Alhamdulillah, rezeki saya. Sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan ini.

“Saya memilih lagu nyanyian asal, Hafiz Suip berjudul Ku Akui. Masa agak suntuk untuk saya menggubah semula lagu itu tetapi saya nekad mempersembahkan yang terbaik pada peringkat akhir ini.

“Sebelum ini saya hanya pernah masuk pertandingan karaoke dan Battle of the Band. Untuk perancangan selepas ini, saya akan ikut apa yang diaturkan AEG dan kemenangan ini diharap dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi penyanyi terkenal,” katanya.

Dalam pada itu, penerbit dan juga juri The Audition 2021, Michael Ang berkata dia berpuas hati dengan prestasi kesemua peserta yang menyertai rancangan tersebut.

“Saya terkejut apabila ada peserta dari awal uji bakat sehingga final menunjukkan peningkatan ketara. Ini kerana mereka mendengar pendapat kami selaku juri ketika mereka beraksi.

“Persembahan nyanyian dan lakonan mereka sangat bagus. Ada dua peserta yang saya lihat kualiti persembahan mereka banyak peningkatan sehingga mereka terpilih untuk peringkat akhir.

“Tidak mustahil mereka bakal mencabar pelakon yang ada sekarang jika mereka terus berusaha dan bekerja keras,” ujarnya.

Ulas penerbit itu lagi, bukan hanya paras rupa menjadi ukuran untuk menjadi seorang pelakon, malah industri hiburan pada masa ini memerlukan ramai bakat baharu yang berkualiti.

“Industri memang perlukan ramai bakat baru dalam bidang lakonan tetapi di Malaysia, orang suka tengok pelakon yang ‘elok-elok’ walaupun tidak berbakat.

“Hendak cari pakej lengkap yang cantik dan tampan serta berbakat, memang susah. Penonton ‘tengok’ ikut mata bukan ikut otak.

“Kalau ada rupa tetapi tak berbakat, hantarlah ke kelas lakonan Fauziah Nawi atau Ogy Ahmad Daud sekalipun, mereka tak akan diterima. Mereka yang cantik ini, ‘self- concious’. Apabila berlakon mahu nampak cantik saja.

Sekada informasi, The Auditon 2021 adalah pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan Armani Entertainment Group (AEG) untuk mencungkil bakat peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan serta lawak komedi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya