Sesi persekolahan sekolah agama JAIS dipinda ke 10 Januari 2022 - Utusan Malaysia

Sesi persekolahan sekolah agama JAIS dipinda ke 10 Januari 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan pindaan tarikh permulaan sesi persekolahan penggal ketiga bagi sekolah agama yang dijadual 3 Januari 2022 kepada 10 Januari 2022.

Pengarahnya, Datuk Mohd.Shahzihan Ahmad berkata, pengumuman itu selaras dengan kenyataan media Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada 24 Disember lalu.

Katanya, pindaan itu berkait dengan kejadian banjir besar yang melanda negara khususnya di Selangor pada 18 Disember lalu. 

“Banjir besar yang melanda negara khususnya Selangor telah mengakibatkan kemusnahan harta benda termasuk sekolah-sekolah agama Islam di bawah kelolaan JAIS.

“Bagaimanapun, bagi sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir dan yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) boleh dipertimbang untuk menangguhkan sesi persekolahan dengan kelulusan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya