REMBAU: Trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Selatan) dekat sini sesak lebih 11 kilometer berikutan nahas melibatkan empat buah kenderaan petang tadi.
Jurucakap polis berkata, kemalangan berkenaan berlalu di Kilometer 233 membabitkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Lexus dan Honda Br-V serta kereta jenis Peugeot dan Toyota Yaris.
“Dalam kemalangan langgar belakang tersebut kesemua pemandu berusia lingkungan 21 tahun hingga 54 tahun tidak mengalami kecederaan serius. Kesemua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan sudah dialihkan.
“Bagaimanapun sehingga pukul 6.30 petang trafik masih sesak susulan cuaca hujan serta aliran trafik bertambah,” katanya. – UTUSAN ONLINE