KOTA BHARU: Cuaca baik di seluruh Kelantan sejak semalam menyaksikan jumlah mangsa banjir berkurangan dengan lebih separuh daripada mereka pulang ke rumah masing-masing hari ini.
Menurut aplikasi InfoBencanaJKM, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di seluruh negeri berkurangan kepada 15 buah bagi menempatkan 2,496 mangsa dari sekitar Pasir Mas dan Kuala Krai.
Sementara itu, semua PPS di Gua Musang, Tanah Merah serta Jeli ditutup.
Bacaan terkini di infobanjir.water.gov.my setakat pukul 9 pagi ini merekodkan hampir semua sungai utama turut ke paras normal, kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih melepasi paras bahaya. – UTUSAN ONLINE