Seorang wanita maut, lima cedera tiga kenderaan bertembung - Utusan Malaysia

Seorang wanita maut, lima cedera tiga kenderaan bertembung

Pasukan bomba membantu anggota tentera yang mengalami cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Nasip Kita, Jalan Apas di Tawau hari ini.-IHSAN Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seorang wanita maut manakala lima individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kampung Nasip Kita, Jalan Apas petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.57 petang itu, wanita dikenali sebagai Noor Aqila Ibrahim,27, yang menaiki Toyota Vios tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Julis John Stephen Jr berkata, tujuh mangsa iaitu lima lelaki dan dua perempuan terlibat dalam kemalangan membabitkan pertembungan tiga buah kenderaan tersebut.

“Seorang mangsa wanita disahkan maut oleh pegawai perubatan, lima mangsa mengalami kecederaan dan seorang mangsa tidak mengalami kecederaan.

“Seorang lagi mangsa yang menaiki Toyota Vios bersama mangsa yang maut iaitu Wan Ramzi Wan Omar, 27, yang merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)mengalami patah kaki kiri.

“Sementara itu, penumpang yang menaiki Proton Saga dipercayai Grab iaitu Al Hafiz Mohd. Basir,26, selaku pemandu mengalami cedera parah manakala, tiga penumpang dikenali sebagai Kuhan A/L Neelamegan,29, mengalami pendarahan dalaman dan dua mangsa yang mengalami lebam pada bahagian kaki kiri iaitu Vasanthakumar A/L Segaran,29, dan Shalini A/P Thiagarajan,30.

“Seorang lelaki dikenali sebagai Abdul Hasil Abdul Kahil,61, yang menaiki sebuah lagi Toyota Vios tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan daripada Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan jentera EMRS.

Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 3.44 petang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya