Semua kontinjen buru Long Tiger - Utusan Malaysia

Semua kontinjen buru Long Tiger

LONG TIGER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Semua kontinjen polis negeri khususnya di kawasan bersempadan negara jiran diarahkan bersama memburu seorang lelaki Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, gambar suspek telah diedarkan ke semua kontinjen dan juga daerah bagi memburu dan menangkap penjenayah tersebut.

“Sehingga ke negeri-negeri sempadan pun kita sudah maklumkan untuk menangkap penjenayah ini yang lari semasa berada di bawah kontinjen Johor.

“Insya-Allah kita sedang mencari petunjuk dan sedang memburunya,” katanya dalam sidang akhbar ketika mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.

MAZLAN LAZIM (dua dari kanan) menyampaikan zakat wakalah kepada pesara PDRM semasa lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis. – UTUSAN/NAZLINA NADZARI

Rabu lalu, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak.

Lelaki berteturunan Rohingya yang dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan itu meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.

Terdahulu, Mazlan turut menyantuni 40 asnaf Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada pesara dan balu yang menerima zakat wakalah.

Dalam pada itu, Mazlan memberitahu, pesara PDRM yang terkesan dengan banjir boleh memohon bantuan kewangan daripada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sehingga RM10,000.

“Mereka yang terkesan bukan sahaja banjir tetapi juga bencana lain seperti kebakaran bagi memohon bantuan kewangan untuk meringankan beban.

“Bantuan boleh diberi sehingga RM10,000 bergantung kepada keadaan rumah mereka. Sehingga kini, kami masih mengenalpasti pesara yang terlibat dengan bencana banjir ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya